Monday 27 August 2012

Skandal 22juta,Cik P dan Juga Penyelewengan Lim Guan Eng.




Baru baru ini pemuda Bn Pulau Pinang mendedahkan satu lagi skandal jutaan ringgit menjual tanah rumah murah untuk rakyat kepada syarikat swasta membabitkan tuhan DAP YB(Yang Bohong) Lim Guan Eng.:klik sini
Pisau akan terangkan secara ringkas agar mudah difahami bagaimana sebuah syarikat swasta mampu memenangi tender yang kononnya terbuka untuk membeli sebidang tanah dengan mendapat favour daripada Lim Guan Eng.

Skandal ini memang mengejutkan apabila membabitkan penyelewengan jutaan ringgit wang rakyat dan mengadai kepentingan rakyat untuk mendapatkan rumah murah.


Fasa pertama kerajaan BN berjaya membina rumah murah untuk rakyat dan dalam perancangan seterusnya akan membina rumah murah didalam fasa 2 tetapi malangnya kerajaan BN tumbang pada PRU12.Maka perancangan itu terhenti begitu saja dan apabila diambil alih oleh regim DAP ,melihat kepada nilai dan potensi keuntungan yang besar maka kepentingan rakyat dibelakangkan.

Ini gambar sebidang tanah fasa 2 di Taman Manggis berhampiran Tune Hotel yang diluluskan oleh kerajaan BN untuk membina rumah murah untuk rakyat tetapi malangnya dijual kepada kroni Guan Eng. Tanah tersebut dijual lebih murah daripada harga pasaran dengan harga hanya 11juta sedangkan nilai sebenar adalah 22juta.:klik sini
Kenapa dikaitkan dengan kroni? Salah seorang kroni Guan Eng yang dimaksudkan adalah cik P. misteri cik P terbongkar apabila 2 hari lepas Pisau sendiri bertemu beberapa sumber dalaman menceritakan individu yang dikaitkan dengan Lim Guan Eng.



Tinggi,langsing,seksi,berambut panjang,berlesung pipit dan cukup lawa.Adakah Guan Eng berani nafikan identiti cik P?

Jika dibandingkan dengan Rainbow rasanya cik P lebih lawa dan menarik jauh sekali berbanding Betty Chew...
Adakah gadis dibawah adalah cik P ? hehe bukan..itu encik pembohong..
Menurut sumber Pisau,beliau langsung tidak menafikan bahawa kaitan cik P dan Lim Guan Eng cukup rapat.Malah tambah beliau Cik P turut terbabit secara langsung dalam proses ubah suai rumah sewa Lim Guan Eng yang menelan belanja yang amat besar membabitkan wang rakyat.
EXTENSIVE RENOVATION. Lim Guan Eng said he was forced by termites & ants to move in June 2009 and so rented that bungalow for a few thousand ringgit!! Wakaka. Bungalow worth RM3.7 million(incl cost of renovation & furnishing)

Cik P adalah salah seorang pengarah dengan syarikat Winbond Sdn Bhd.Kenapa sebaik saja skandal ini meletup,laman web syarikat Winbond terus dipadam?klik 
winbond sdn bhd
Kenapa dikaitkan dengan Winbond?Walaupun Winbond hanyalah sebuah syarikat membekal tenaga kerja asing,namun syarikat ini hanyalah sebagai bayangan untuk menutup pembabitan perolehan tanah Taman Manggis.

Untuk pengetahuan anda,Syarikat Winbond Sdn Bhd adalah sebahagian daripada rangkaian syarikat syarikat yang mempunyai kaitan dengan 
Victoria International Medical Center Sdn Bhd yang membeli tanah di Taman Manggis dibawah harga pasaran. Maknanya ia mempunyai pemilik yang sama...


Harga sebenar tanah tersebut adalah lebih 22juta,sebaliknya hanya dijual dengan harga 11juta.Adakah Cik P memberi pelbagai imbuhan kepada Lim Guan Eng hinggakan beliau secara sengaja meluluskan penjualan tanah tersebut walaupun mengetahui tanah tersebut telah digazetkan untuk pembinaan rumah murah kepada rakyat.

Adakah Lim Guan Eng mahu menafikan beliau langsung tidak menerima wang dan pelbagai barangan sebagai imbuhan?

Jika rasis chauvanis ultrakiasu Lim Guan Eng berani kerana benar sila jawap dan nafikan...


Tahukan anda,sehingga sekarang Lim Guan Eng tidak berani menyaman atau menafikan mengenai skandal ini.

Masihkan anda ingat bagaimana Guan Eng mengugut untuk menyaman ketua pemuda Umno Pulau Pinang,namun kita semua tahu sehingga sekarang beliau langsung tidak berani saman..kerana apa?

Skandal Taman Manggis adalah salah satu skandal yang membabitkan puluhan juta ringgit,sama seperti penyelewengan tanah Bayan Mutiara yang Guan Eng sendiri akui dijual dibawah harga pasaran:klik sini.Kerugian kerajaan negeri 10billion klik sini,

Projek sPICE yang membabitkan kerugian kerajaan negeri hampir 1billion:klik sini kerana tahu akan penyelewengan skandal tersebut ketua cabang PKR terus meletak jawatan :klik sini

Pisau kata " banyak lagi yang tak didedahkan..."

Read more: http://www.pisau.net/2012/08/skandal-22jutacik-p-dan-juga.html#ixzz24nlJ3unt

No comments:

Post a Comment